Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Rasa excited pulak bila da ada blog sendiri.First time ni tau aku ada blog sendiri. Ok aku nak tulis tentang diri sendiri.So harap korang seronok nak baca.
Nama yang diberi oleh mak saudara untuk dulu, kini dan selamanya adalah Atirah Izzah bt Mat Noor. Mesti ada yang bertanya kan kenapa bukan mak ayah aku yang bagi nama kat aku.Sebenarnya,mak ayah aku nak bagi nama lain kat aku iaitu Nur Alia Maisara (kalau tak silap la).Tapi selepas berbincang dengan nenek dan atuk aku,mereka semua bersetuju nak namakan aku dengan nama Atirah Izzah yang membawa maksud Yang mulia,Yang utama.Kalau difikirkan balik,macam kelakar pulak kalaulah nama aku sekarang Nur Alia Maisara,macam perempuan sangat nama tu kan..Habis tentang cerita nama. Aku telah dilahirkan pada tarikh keramat 24 Ogos 1995 ,hari Khamis pada pukul 2.35 pagi di Hospital Jengka.Dengan itu,rasmilah aku menjadi orang Pahang (This Is Darul Makmur ). Aku mempunyai 8 orang adik beradik dan aku merupakan anak bongsu.boleh dikatakan manja jugak la dengan mak ayah aku. Aku mendapat pendidikan pertama di Tadika Ulu Jempol.Selepas itu, aku menyambung pengajian di Sek Ren Ulu Jempol selama 5 tahun dan mendapat keputusan 5A. Seterusnya, aku mendapat tawaran untuk belajar di Sek Sains Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan Bandar Diraja.Selama 5 tahun di sana, aku mendapat terlalu banyak pengalaman.Antaranya,aku mula belajar untuk hidup berdikari,hidup jauh dari keluarga kerana disekolah itu,aku terpaksa menguruskan diri sendiri tanpa bantuan dari mak ayah aku.Disana Pekan juga, aku mendapat pengalaman untuk bertemu dengan Sultan Pahang,bersantap di di istana sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang. itu adalah penglaman aku yang paling menarik semasa berada disana.Terlalu banyak pengalaman sebenarnya yang aku timba,tapi kalau nak tulis semua,sampai esok pun tak siap rasanya.aku menghabiskan pengajian disana dengan keputusan PMR 8A dan SPM 6A 4B.Semasa menunggu keputusan UPU keluar,aku telah mengambil kesempatan untuk bekerja sebagai pembantu farmasi di Farmasi Nadi Utama.Aku hanya sempat untuk bekerja disana hanya selama 4 bulan.Ketika menerima gaji pertama,aku rasa sangat seronok kerana itu adalah kali pertama aku mempunyai duit sendiri.Selepas itu pula,aku meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) di Gopeng,Perak.Aku menjadi orang Perak hanya selama setahun.Sebenarnya, semasa menunggu keputusan UPU selepas SPM,aku telah ditawarkan program Asasi Undang-Undang di UITM dan juga program Matrikulasi.Namun aku telah membuat keputusan untuk memilih program matrikulasi.Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tak pilih program Asasi tu.Mungkin sebab aku tak minat Undang Undang kot.Kalau tak sekarang aku mungkin jadi bakal peguam.Setelah tamat program Matrikulasi selama setahun tu dengan PNGK 3.48. Waktu kat matrik tu,aku memang main main je untuk belajar,aku bukanlah budak matrik yang baik,datang kelas awal,buat semua kerja.Tapi aku tak pernahlah tuang kelas.Cuma kalau kena siapkan lab report ke,aku biasanya akan copy paste je la jawapan dari kawan aku.hehehe.Sebab tu result pun dapat cukup cukup makan je.Dan akhirnya, aku disini Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pelajar jurusan Pendidikan Khas.Aku akan belajar disini selama 4 tahun. Sejujurnya aku sangat bersyukur kerana diterima untuk menjadi siswazah di universiti ini.Setakat ini je la nukilan aku.Harap sesiapa yang baca ni seronok.Sekian sahaja terima kasih.
#ThisIsDarulMakmur.