cuti :))
Pada minggu pertama, semua pelajar diminta untuk berkumpul di Dewan Budiman pada hari Rabu. Pada hari itu, kami telah diperkenalkan kepada semua pensyarah Komputer Dalam Pendidkan GE1155 oleh Dr. Fariza binti Khalid. Seterusnya,kami juga telah diminta untuk mengisi borang soal selidik mengenai pengetahuan kami tentang penggunaan komputer.Ketika saya mengisi borang tersebut , saya pada mulanya amat terkejut kerana bilangan soalan dalam borang soal selidik itu amatlah banyak. Namun saya akhirnya berjaya untuk menjawab semua soalan tersebut.Dalam borang itu, terdapat banyak soalan yang mempunyai terminologi yang tidak pernah saya dengar sepanjang hidup saya. Setelah selesai mengisi borang tersebut, kami juga telah diminta memilih kelas tutoran pilihan kami sendiri.Pada mulanya,saya telah memilih kelas tutoran pada hari Jumaat pukul 2-5 petang. Namun, ramai ahli kelas saya yang memilih kelas hari Jumaat tersebut memohon agar kelas kami dianjak pada hari Selasa. Pada ketika itu,saya berfikir bahawa perkara itu adalah mustahil kerana pensyarah yang akan mengajar kami pastinya telah mempunyai jadual mengajarnya yang tersendiri. Saya berasa sangat gembira kerana Cik Mazalah hanya mendengar permintaan kami dan cuba untuk memenuhinya.Akhirnya, kami semua telah bersetuju untuk mengadakan kelas pada hari Selasa. Saya amat berterima kasih kepada Cik Mazalah kerana cuba untuk memahami kami semua.
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Pada pandangan saya, setelah menghadiri kelas Komputer Dalam Pendidikan GE1155 untuk minggu pertama, saya berasa amat seronok kerana dapat belajar banyak perkara baru dalam hidup saya. Seperti contoh, saya telah mempelajari mengenai Dropbox,GoogleDrive dan Weebly dimana selama ini saya tidak pernah mendengar perkataan tersebut. Malah, saya juga telah diminta untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga orang dimana saya berasa selesa dengan ahli kumpulan saya kerana mereka mampu untuk memberikan kerjasama yang baik kepada saya untuk menyiapkan segala tugasan berkumpulan yang akan diberikan sepanjang semester ini. Selain itu juga, saya juga telah diajar untuk mendaftar dalam akaun Dropbox dimana aplikasi Dropbox ini berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan dokumen yang diperlukan oleh kita. Tambahan lagi, saya juga telah diajar untuk membuat akaun Weebly dan sejujurnya saya berasa amat seronok kerana ini adalah kali pertama bagi saya memiliki untuk blog sendiri. Saya berasa amat teruja untuk menerokai cara-cara untuk membuat blog dan berkongsi pengalaman dengan orang lain.Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya, Cik Mazalah Binti Ahmad yang sangat sabar dan gigih membimbing saya sepanjang kelas pada minggu pertama ini berlangsung. |