Pada minggu ke-6, saya telah diminta untuk mencari maklumat mengenai CASPER menggunakan enjin pencarian Google Search. Melalui hasil pencarian itu, maksud akronim CASPER adalah Contrast Alignment Simplicity Proximity Emphasis Repetition. Kemudian kami diminta untuk menyediakan satu pembentangan menggunakan Google Presentation dengan mengaplikasikan konsep CASPER. Pembentangan ini akan dijalankan sewaktu kelas berjalan namun hanya 2 kumpulan untuk satu sesi kelas. Pembentangan ini adalah kerja berkumpulan dan tempoh pembentangan ini adalah selama 20 minit dan kami juga diminta untuk menyediakan soalan mengenai pembentangan dan menyediakan 4 jawapan objektif (A,B,C,D). Hal ini adalah kerana untuk melihat sejauh manakah rakan-rakan kelas yang lain menumpukan perhatian ketika pembentangan sedang dijalankan. Dalam kelas ini, saya telah diterangkan oleh Cik Mazalah mengenai perbezaan antara Google Presentation dan Microsoft Powerpoint. Antara kelebihan Google Presentation adalah ianya tidak perlu dibeli dan boleh digunakan pada bila-bila masa asalkan kawasan tersebut membolehkan kita untuk melayari internet.
Pada minggu ke-5 saya memulakan kelas dengan penerangan oleh Cik Mazalah mengenai pembentangan yang perlu saya dan ahli kumpulan sediakan.Kemudian saya sebagai ketua kumpulan diminta kehadapan untuk mencabut undi bagi memilih tajuk pembentangan. Kumpulan saya mendapat tajuk ke-3 iaitu Kemahiran Abad ke-21. Pada pendapat saya, tajuk ini adalah sangat menarik kerana pada abad ke-21 yang telah banyak membangun,terlalu banyak kemahiran yang telah dicapai oleh rakyat Malaysia. Setelas selesai memilih tajuk, saya diarahkan oleh Cik Mazalah untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk pembentangan menggunakan Google Scholar, Google Search dan pangkalan data Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL).
Melalui pengalaman menggunakan Google Scholar membantu saya dalam menyiapkan tugasan bagi subjek lain. Sebelum ini saya tidak pernah menggunakan Google Scholar dan enjin pencarian ini amat membantu saya untuk mencari jurnal dan artikel. Bagi saya, Google Search adalah sudah sinonim dengan diri saya,jadi penggunaan Google Scholar amatlah menarik dan memudahkan banyak perkara yang perlu saya selesaikan. Selepas mencari maklumat yang berkaitan,saya diminta untuk menyimpan maklumat tersebut dalam aplikasi Dropbox dan GoogleDrive.Kemudian saya diminta untuk membaca tentang maklumat yang telah dicari dan disimpan, seterusnya membina satu soalan yang berkaitan dengan tajuk. Selepas itu,soalan tersebut haruslah dipostkan dalam forum ge1155 students weebly.Aktiviti ini amatlah menarik kerana ini membantu saya untuk memahami perkara yang dibaca seterusnya mampu untuk membina soalan. Saya juga telah diajar untuk mencarii maklumat menggunakan pangkalan data PTSL. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada minggu ke 4 ini, Cik Mazalah telah mengajar saya mengenai Learning Management System(LMS) dan juga Course Management System (CMS). Ketika di dalam kelas, saya telah diminta untuk mencari artikel mahupun maklumat yang berkaitan dengan LMS dan CMS dan saya dihendaki untuk menyimpan maklumat tersebut didalam Google Drive dan juga Dropbox. Setelah saya menyimpan maklumat didalam kedua-dua aplikasi tersebut, saya telah diminta untuk membaca dan seterusnya membuat satu laporan mengenai LMS dan CMS menggunakan GoogleDocs. Daripada pendengaran saya ketika didalam kelas, Cik Mazalah menerangkan bahawa GoogleDocs ini berfungsi seperti Microsoft Words yang telah banyak digunakan untuk menaip maklumat yang kita perlukan. Antara maklumat yang perlu ada didalam laporan itu adalah maksud LMS dan CMS,kegunaan LMS dan CMS, perisian yang melibatkan LMS dan CMS dan yang terakhir adalah perbezaan antara LMS dan CMS. Kemudian,kami juga diminta untuk sentiasa untuk memperbaharui blog Weebly kami dengan menulis pada setiap minggu di ruangan Refleksi dan Tugasan.Selain itu, saya dan rakan sekelas juga dihendaki untuk memberi respon didalam ruangan forum untuk website ge1155.weebly.com. Akhir kata, saya sentiasa berasa seronok ketika menghadiri kelas komputer kerana kelas ini tidak membosankan dan mampu untuk membuatkan saya sentiasa segar sepanjang 3jam kelas berjalan. |