Untuk kelas pada minggu ke 11, kelas dimulakan dengan pembentangan bertajuk E-learning & M-learning. Pembentangan tersebut amat menarik dan penuh dengan informasi. Selepas selesai pembentangan pertama, pembentangan kedua dilakukan oleh kumpulan seterusnya dengan tajuk WEB 2.0. Pada pendapat saya, tajuk tersebut amat menarik kerana sebelum ini saya tidak pernah mengetahui mengenai WEB 2.0.Melalui pembentangan tersebut, saya telah memperoleh perlabai maklumat yang berguna. Setelah selesai sesi pembentangan, Cik Mazalah telah menerangkan kepada semua ahli kelas mengenai proses seterusnya dalam projek penyelidikan pendidikan kami. Beliau telah menerangkan bagaimana hendak membuat dapatan kajian. Seterusnya, beliau telah berjumpa dengan kumpulan saya untuk penerangan. Beliau telah mengajar kami bagaimana hendak mencipta graf dan banyak lagi. Saya amat berterima kasih kepada Cik Mazalah kerana tidak pernah jemu membantu kami dalam menyiapkan penyelidikan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada ahli kumpulan saya yang sangat membantu dan rajin untuk bersama-sama menyiapkan kerja ini. Ribuan terima kasih diucapkan. :)
Pada minggu ke-10, sekali lagi kelas telah dimulakan dengan perbentangan oleh dua kumpulam. Kumpulan pertama telah membentangkan tentang tajuk Keselamatan Komputer dan INternet. Kumpulan itu telah membentangkan tajuk itu dengan baik sekali. Selepas itu, kumpulan seterusnya telah membentangkan tajuk OSS ( Open Source System ).Kumpulan ini juga berjaya menyampaikan maklumat kepada rakan sekelas dengan baik. Mereka juga telah berjaya menjawab soalan yang telah diajukan oleh rakan-rakan kelas. Setelah selesai sesi pembentangan, Cik Mazalah telah memberi tugasan kepada kelas kami. Beliau meminta kami untuk membuat kerja secara berkumpulan. Kerja yang diminta ialah membuat brosur mengenai tajuk pembentangan kami, Kemahiran Berfikir Abad ke 21. Kami diarah untuk membuat brosur itu menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Publisher. Secara jujur, saya sebelum ini tidak pernah tahu mengenai pembuatan brosur menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Publisher. Setelah diberi penerangan oleh Cik Mazalah, saya telah mendapat ilmu yang baru. Kami diminta untuk menyiapkan brosur tersebut dan upload brosur itu di bahagian discussion di I-FOLIO. Disitu, kumpulan lain akan menilai brosur kami dan akan memberi markah yang sesuai dengan hasil kerja kami. Saya telah berusaha untuk menyiapkan kerja yang diberikan dengan segera kerana masa yang diberikan untuk menghantar brosur itu sanagt singkat memandangkan kerja itu amat mudah untuk diselesaikan oleh kami sekumpulan.
Pada minggu ke-9, kelas telah dimulakan dengan pembentangan tajuk ICT. Kumpulan tersebut tersebut telah menerangkan tentang maksud ICT, aspek dalam P&P, manfaat ICT dalam P&P, kelemahan ICT dalam P&P, dan cabaran penggunaan ICT. Pada pendapat saya, pembentangan kumpulan mereka amat menarik dan bermanfaat. Seterusnya, pembentangan diteruskan oleh kumpulan lain dengan tajuk Kemahiran Berfikir Dalam ICT. Setelah kumpulan ini selesai membentangkan tajuk mereka, Cik Mazalah tidak berpuas hati dengan pembentangan mereka. Cik Mazalah meminta mereka untuk membentangkan sekali kali pada minggu lain. Setelah selesai sesi pembentangan, kami diminta untuk meneruskan kerja bagi penyelidikan pendidikan. Kerja tersebut telah dijalankan secara berkumpulan. Alhamdulillah, kerja berkumpulan itu telah dilakukan dengan baik dengan adanya ahli kumpulan yang boleh memberi kerjasama dengan baik.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada minggu ke 9 ini, Cik Mazalah telah memulakan kelas dengan pembentangan. Pada minggu ini merupakan giliran kumpulan saya untuk membuat pembentangan. Tajuk pembentangan saya pada hari itu ialah kemahiran abad ke 21. Kami telah menggunakan Google Presentation bagi menyiapkan pembentangan itu. Setelah selesai membuat pembentangan, kami telah menyoal kepada rakan sekelas mengenai tajuk yang telah diterangkan. Bagi menarik perhatian rakan-rakan untuk menjawab soalan yang telah diberikan, kami telah menyediakan sedikit hadiah bagi kumpulan mana yang berjaya menjawab soalan. Setelah selesai, sesi kelas diteruskan dengan pembentangan kumpulan yang ke-4 iaitu kumpulan Kak Mimi, Kak Dian dan juga Stephaniey Aming. Mereka juga telah berjaya membentangkan tajuk mereka dengan menarik. Setelah selesai sesi pembentangan, Cik Mazalah telah meminta kami untuk berjumpa satu kumpulan demi satu kumpulan. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan kepada beliau tentang kertas cadangan yang telah kami sedikan. Daripada perjumpaan ini, Cik Mazalah telah membetulkan kesalahan kami dan telah memberikan cadangan bagi memperkemaskan kertas cadangan tersebut. Setelah selesai berjumpa dengan beliau, kami diminta untuk meneruskan penyelidikan pendidikan kami dengan menaip kembali kertas cadangan dan meneruskan apa yang telah kami lakukan pada minggu sebelumnya. Saya dan ahli kumpulan saya telah membahagikan tugas bagi menyiapkan kertas cadangan ini . Pada minggu ke-8 , Cik Mazalah telah menerangkan kepada kami tentang penyelidikan pendidikan. Cik Mazalah telah menerangkan tentang maksud, tujuan, kepentingan, langkah-langkah dan banyak lagi .Setelah selesai menerangkan kepada kami semua, beliau meminta kami untuk bekerja dalam kumpulan dan menyediakan satu kertas cadangan untuk penyelidikan pendidikan ini. Sebelum memulakan kajian, kami semua diminta untuk memilih satu tajuk . Kumpulan saya telah memilih tajuk Penggunaan Internet dalam Kalangan pelajar IPT. Dengan menggunakan tajuk yang telah dipilih oleh kami sendiri, kami diminta untuk menyediakan satu kertas cadangan dengan menggunakan Google Docs yang mengandungi tajuk, tujuan, objektif, persoalan dan sampel kajian. Setelah selesai menyiapkan perkara yang diminta, kami perlulah mengemailkan dokumen tersebut kepada Cik Mazalah ataupun menghantar dokumen ini melalui Facebook. Hal ini bertujuan untuk memudahkan Cik Mazalah membetulkan kesalahan yang ada pada kertas cadangan kami. Sebelum saya terlupa, pada hari itu juga, Cik Mazalah meminta kami untuk add Cik Mazalah dalam Facebook supaya beliau dapat memasukkan kami dalam group GE1155 2014/2015. Dengan adanya group Facebook itu, ianya memudahkan kami untuk berkomunikasi dengan Cik Mazalah mahupun dengan rakan-rakan. Pada minggu ini juga, terdapat dua kumpulan yang telah memulakan perbentangan mereka. Dua tajuk yang telah berjaya dibentangkan pada hari itu ialah tajuk CASPER dan LMS/CMS. Kedua-dua kumpulan ini telah berjaya menyampaikan maklumat dengan baik dan alhamdulillah isi-isi yang mereka cuba sampaikan kepada kami diterima dengan baik. Mereka juga telah memberikan soalan kepada kami setelah berakhirnya pembentanagan mereka. Hal ini adalah untuk melihat sejauh mana kami memberikan perhatian ketika pembentangan.
|