Pada minggu pertama, semua pelajar diminta untuk berkumpul di Dewan Budiman pada hari Rabu. Pada hari itu, kami telah diperkenalkan kepada semua pensyarah Komputer Dalam Pendidkan GE1155 oleh Dr. Fariza binti Khalid. Seterusnya,kami juga telah diminta untuk mengisi borang soal selidik mengenai pengetahuan kami tentang penggunaan komputer.Ketika saya mengisi borang tersebut , saya pada mulanya amat terkejut kerana bilangan soalan dalam borang soal selidik itu amatlah banyak. Namun saya akhirnya berjaya untuk menjawab semua soalan tersebut.Dalam borang itu, terdapat banyak soalan yang mempunyai terminologi yang tidak pernah saya dengar sepanjang hidup saya. Setelah selesai mengisi borang tersebut, kami juga telah diminta memilih kelas tutoran pilihan kami sendiri.Pada mulanya,saya telah memilih kelas tutoran pada hari Jumaat pukul 2-5 petang. Namun, ramai ahli kelas saya yang memilih kelas hari Jumaat tersebut memohon agar kelas kami dianjak pada hari Selasa. Pada ketika itu,saya berfikir bahawa perkara itu adalah mustahil kerana pensyarah yang akan mengajar kami pastinya telah mempunyai jadual mengajarnya yang tersendiri. Saya berasa sangat gembira kerana Cik Mazalah hanya mendengar permintaan kami dan cuba untuk memenuhinya.Akhirnya, kami semua telah bersetuju untuk mengadakan kelas pada hari Selasa. Saya amat berterima kasih kepada Cik Mazalah kerana cuba untuk memahami kami semua.