Untuk kelas pada minggu ke 11, kelas dimulakan dengan pembentangan bertajuk E-learning & M-learning. Pembentangan tersebut amat menarik dan penuh dengan informasi. Selepas selesai pembentangan pertama, pembentangan kedua dilakukan oleh kumpulan seterusnya dengan tajuk WEB 2.0. Pada pendapat saya, tajuk tersebut amat menarik kerana sebelum ini saya tidak pernah mengetahui mengenai WEB 2.0.Melalui pembentangan tersebut, saya telah memperoleh perlabai maklumat yang berguna. Setelah selesai sesi pembentangan, Cik Mazalah telah menerangkan kepada semua ahli kelas mengenai proses seterusnya dalam projek penyelidikan pendidikan kami. Beliau telah menerangkan bagaimana hendak membuat dapatan kajian. Seterusnya, beliau telah berjumpa dengan kumpulan saya untuk penerangan. Beliau telah mengajar kami bagaimana hendak mencipta graf dan banyak lagi. Saya amat berterima kasih kepada Cik Mazalah kerana tidak pernah jemu membantu kami dalam menyiapkan penyelidikan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada ahli kumpulan saya yang sangat membantu dan rajin untuk bersama-sama menyiapkan kerja ini. Ribuan terima kasih diucapkan. :)