Assalamualaikum wbt dan salam 1 pendidik.
Pada minggu ke 12 ini, kelas telah dimulakan dengan satu pembentangan dari kumpulan pelajar lelaki. Mereka membentangkan tajuk mereka ini untuk kali ke2 kerana pada pembentangan pertama mereka, Cik Mazalah tidak berpuas hati dengan isi pembentangan mereka. Untuk pembentangan kali ke2 ini, mereka telah berjaya membentangkan tajuk mereka dengan baik sekali. Saya telah menawarkan diri untuk menjadi penilai bagi kumpulan tersebut. Pada pendapat saya, pembentangan itu cukup menarik dengan penggunaan warna dan gambar yang boleh menarik perhatian pembaca. Setelah selesai pembentangan, Cik Mazalah terang menerangkan kepada saya mengenai tugasan untuk minggu ke12. Kami dihendaki untuk membina satu video yang berkaitan dengan tajuk pembentangan kumpulan masing-masing. Bagi kumpulan saya, saya perlu membina satu video tentang kemahiran abad ke-21.
Cik Mazalah juga terang menunjukkan kepada kami satu contoh story board yang boleh kami jadikan sebagai panduan dalam proses pembikinan video ini. Perasaan saya ketika itu agak takut kerana selama 19 tahun saya hidup, saya tidak pernah sekalipun membuat video. Saya langsung tidak mempunyai ilmu untuk pembikiknan video. Namun Cik Mazalah telah memperkenalkan satu website dimana kami boleh belajar untuk membuat video, jenis-jenis video dan macam-macam lagi. Oleh kerana pembikinan video ini semestinya memerlukan kreaviti yang tinggi, jadi tugasan ini akan menjadi satu tugasan yang mencabar bagi diri saya. Tetapi saya akan menyahut cabaran yang diberikan kerana saya tahu jika saya tak belajar, sampai bila-bila saya tidak akan tahu. Setelah selesai memberi penerangan, Cik Mazalah telah memberi ruang kepada kami untuk duduk didalam kumpulan dan berbincan mengenai tugasan tersebut. Jadi saya dan ahli kumpulan telah bebincang dan kami telah bersetuju untuk cuba menyiapkan tugasan ini sebelum peperiksaan bermula supaya tugasan ini tidak akan menggangu proses ulangkaji kami kelak.
Saya berasa sangat seronok dan teruja untuk membuat video kerana ianya merupakan satu pengalaman yang baru bagi diri saya. :)