Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada minggu ke 4 ini, Cik Mazalah telah mengajar saya mengenai Learning Management System(LMS) dan juga Course Management System (CMS). Ketika di dalam kelas, saya telah diminta untuk mencari artikel mahupun maklumat yang berkaitan dengan LMS dan CMS dan saya dihendaki untuk menyimpan maklumat tersebut didalam Google Drive dan juga Dropbox.
Setelah saya menyimpan maklumat didalam kedua-dua aplikasi tersebut, saya telah diminta untuk membaca dan seterusnya membuat satu laporan mengenai LMS dan CMS menggunakan GoogleDocs.
Daripada pendengaran saya ketika didalam kelas, Cik Mazalah menerangkan bahawa GoogleDocs ini berfungsi seperti Microsoft Words yang telah banyak digunakan untuk menaip maklumat yang kita perlukan. Antara maklumat yang perlu ada didalam laporan itu adalah maksud LMS dan CMS,kegunaan LMS dan CMS, perisian yang melibatkan LMS dan CMS dan yang terakhir adalah perbezaan antara LMS dan CMS.
Kemudian,kami juga diminta untuk sentiasa untuk memperbaharui blog Weebly kami dengan menulis pada setiap minggu di ruangan Refleksi dan Tugasan.Selain itu, saya dan rakan sekelas juga dihendaki untuk memberi respon didalam ruangan forum untuk website ge1155.weebly.com.
Akhir kata, saya sentiasa berasa seronok ketika menghadiri kelas komputer kerana kelas ini tidak membosankan dan mampu untuk membuatkan saya sentiasa segar sepanjang 3jam kelas berjalan.