Pada minggu ke-8 , Cik Mazalah telah menerangkan kepada kami tentang penyelidikan pendidikan. Cik Mazalah telah menerangkan tentang maksud, tujuan, kepentingan, langkah-langkah dan banyak lagi .Setelah selesai menerangkan kepada kami semua, beliau meminta kami untuk bekerja dalam kumpulan dan menyediakan satu kertas cadangan untuk penyelidikan pendidikan ini. Sebelum memulakan kajian, kami semua diminta untuk memilih satu tajuk . Kumpulan saya telah memilih tajuk Penggunaan Internet dalam Kalangan pelajar IPT. Dengan menggunakan tajuk yang telah dipilih oleh kami sendiri, kami diminta untuk menyediakan satu kertas cadangan dengan menggunakan Google Docs yang mengandungi tajuk, tujuan, objektif, persoalan dan sampel kajian. Setelah selesai menyiapkan perkara yang diminta, kami perlulah mengemailkan dokumen tersebut kepada Cik Mazalah ataupun menghantar dokumen ini melalui Facebook. Hal ini bertujuan untuk memudahkan Cik Mazalah membetulkan kesalahan yang ada pada kertas cadangan kami. Sebelum saya terlupa, pada hari itu juga, Cik Mazalah meminta kami untuk add Cik Mazalah dalam Facebook supaya beliau dapat memasukkan kami dalam group GE1155 2014/2015. Dengan adanya group Facebook itu, ianya memudahkan kami untuk berkomunikasi dengan Cik Mazalah mahupun dengan rakan-rakan. Pada minggu ini juga, terdapat dua kumpulan yang telah memulakan perbentangan mereka. Dua tajuk yang telah berjaya dibentangkan pada hari itu ialah tajuk CASPER dan LMS/CMS. Kedua-dua kumpulan ini telah berjaya menyampaikan maklumat dengan baik dan alhamdulillah isi-isi yang mereka cuba sampaikan kepada kami diterima dengan baik. Mereka juga telah memberikan soalan kepada kami setelah berakhirnya pembentanagan mereka. Hal ini adalah untuk melihat sejauh mana kami memberikan perhatian ketika pembentangan.