Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada minggu ke 9 ini, Cik Mazalah telah memulakan kelas dengan pembentangan. Pada minggu ini merupakan giliran kumpulan saya untuk membuat pembentangan. Tajuk pembentangan saya pada hari itu ialah kemahiran abad ke 21. Kami telah menggunakan Google Presentation bagi menyiapkan pembentangan itu. Setelah selesai membuat pembentangan, kami telah menyoal kepada rakan sekelas mengenai tajuk yang telah diterangkan. Bagi menarik perhatian rakan-rakan untuk menjawab soalan yang telah diberikan, kami telah menyediakan sedikit hadiah bagi kumpulan mana yang berjaya menjawab soalan. Setelah selesai, sesi kelas diteruskan dengan pembentangan kumpulan yang ke-4 iaitu kumpulan Kak Mimi, Kak Dian dan juga Stephaniey Aming. Mereka juga telah berjaya membentangkan tajuk mereka dengan menarik. Setelah selesai sesi pembentangan, Cik Mazalah telah meminta kami untuk berjumpa satu kumpulan demi satu kumpulan. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan kepada beliau tentang kertas cadangan yang telah kami sedikan. Daripada perjumpaan ini, Cik Mazalah telah membetulkan kesalahan kami dan telah memberikan cadangan bagi memperkemaskan kertas cadangan tersebut.
Setelah selesai berjumpa dengan beliau, kami diminta untuk meneruskan penyelidikan pendidikan kami dengan menaip kembali kertas cadangan dan meneruskan apa yang telah kami lakukan pada minggu sebelumnya. Saya dan ahli kumpulan saya telah membahagikan tugas bagi menyiapkan kertas cadangan ini .