Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Pada pandangan saya, setelah menghadiri kelas Komputer Dalam Pendidikan GE1155 untuk minggu pertama, saya berasa amat seronok kerana dapat belajar banyak perkara baru dalam hidup saya. Seperti contoh, saya telah mempelajari mengenai Dropbox,GoogleDrive dan Weebly dimana selama ini saya tidak pernah mendengar perkataan tersebut. Malah, saya juga telah diminta untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga orang dimana saya berasa selesa dengan ahli kumpulan saya kerana mereka mampu untuk memberikan kerjasama yang baik kepada saya untuk menyiapkan segala tugasan berkumpulan yang akan diberikan sepanjang semester ini. Selain itu juga, saya juga telah diajar untuk mendaftar dalam akaun Dropbox dimana aplikasi Dropbox ini berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan dokumen yang diperlukan oleh kita. Tambahan lagi, saya juga telah diajar untuk membuat akaun Weebly dan sejujurnya saya berasa amat seronok kerana ini adalah kali pertama bagi saya memiliki untuk blog sendiri. Saya berasa amat teruja untuk menerokai cara-cara untuk membuat blog dan berkongsi pengalaman dengan orang lain.Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya, Cik Mazalah Binti Ahmad yang sangat sabar dan gigih membimbing saya sepanjang kelas pada minggu pertama ini berlangsung.