untuk tugasan yang ke-8, kami telah diajar cara untuk menggunakan Microsoft Excel.

excel.xlsx |
untuk tugasan yang ke-8, kami telah diajar cara untuk menggunakan Microsoft Excel. ![]()
0 Comments
Alhamdulillah akhirnya selesai jua video ini. Terima kasih kepada semua ahli kumpulan saya. ![]()
Untuk tugasan yang ke-5, kami telah diminta untuk mengupload borang soal selidik kumpulan saya dan merekod data. Saya telah meletakkan borang ini didalam forum Weebly dan meminta agar rakan-rakan yang lain untuk menjawab soalan kumpulan saya. Dengan adanya respond daripada pelajar -pelajar yang lain, barulah saya dan ahli kumpulan boleh meneruskan kajian saya.
https://docs.google.com/forms/d/1LPB4ENd3nCUQ_qF_BBXcQn2DKxvkT96T8lffDbTxiGo/edit# ![]()
Untuk tugasan yang ke-4, Cik Mazalah telah menerangkan kepada kami tentang penyelidikan pendidikan. Untuk penyelidikan ini, kumpulan saya telah mendapat tajuk Penngunaan internet dalam kalangan pelajar IPT. Cik Mazalah telah menerangkan kepada kami dengan berkongsi slaid yang beliau sediakan dalam group Facebook. Jadi saya dan ahli kumpulan telah melakukan kajian mengikut slaid tersebut. Setelah mengedarkan borang soal selidik dan membuat penyelidikan, kami berjaya dengan hasil kajian kami berkumpulan. ![]()
Cik Mazalah telah meminta saya untuk mencari maklumat tentang tajuk yang kami bakal bentangkan. Jadi kumpulan saya telah memilih tajuk Kemahiran Abad ke 21. Beliau meminta kami sekumpulan untuk mencari dan menyimpan maklumat yang diperoleh dalam Google Drive. ![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Berikut merupakan brosur kumpulan saya berdasarkan tajuk Kemahiran Abad ke-21 . Cik Mazalah telah meminta kami untuk membuat brosur menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Publisher.
Komputer sebagai alat
Komputer adalah alat yang dapat memproses suatu informasi baik secara tulisan mahupun gambar yang ditampilkan dalam suatu layar melalui beberapa proses dalam beberapa bahagian yang ada dalam komputer tersebut. Teknologi komputer memudahkan dalam memanipulasi, menyimpan dan mengolah data untuk kepentingan tertentu. Pada pendapat saya, penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini.Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu untuk membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi ia juga berpotensi sebagai alat untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Komputer sebagai guru Perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat menyebabkan institusi pendidikan terpaksa mengikut arus penggunaan komputer di semua pusat pengajian bermula di peringkat rendah hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat pelbagai media pengajaran yang boleh digunakan pada masa kini. Antaranya ialah alat tayangan, audio-video, OHP (kemudahan dari pusat sumber), penggunaan teks, menggunakan media elektronik yang lebih sofistikated seperti slaid, filem, video dan komputer. Perkembangan teknologi telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran daripada tradisi kepada kaedah yang lebih sofistikated dan moden. Media yang paling popular dewasa ini ialah penggunaan komputer atas talian (internet). Beberapa faktor menyumbang kepada kepopularan ini termasuk kesediaannya secara percuma untuk semua lapisan pengguna dan juga adanya ciri-ciri internet yang boleh dimanfaatkan untuk pengajaran dan pembelajaran. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah seperti berikut: 1-Hubungan Interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat. 2-Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1995). 3-Maklum Balas Dan Peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar. Komputer sebagai pelajar Internet dikenali sebagai gedung kepada semua ilmu pengetahuan. Menerusi internet, para pelajar boleh mendapat ilmu pengetahuan dengan masa yang singkat. Mereka juga tidak perlu ke perpustakaan untuk mendapat ilmu pengetahuan.Mendapatkan matlumat dengan pantas juga merupakan faktor penting dalam menetukan kejayaan seseorang pelajar. Hal ini kerana pelajar hari ini menghadapi persaingan yang sengit dalam usahanya untuk mendapat markah terbaik. Penggunaan komputer menerusi talian internet menawarkan pelbagai kemudahan dan maklumat yang menguntungkan pelajar dan telah menarik ramai pengguna untuk mencubanya. Ciri-ciri dan keistimewaan internet sebagai media pengajaran yang berkesan, efektif, fleksibel dan menarik menjadi sebab mengapa ia perlu diaplikasikan dalam sistem pendidikan kini. |